Jalan cerita The Fast and the Furious

Sekumpulan kereta Honda Civic sedang merampas lori serta mengambil kandungannya. Kereta pertama pergi ke hadapan lori dan menggunakan cangkuk untuk mencabut cermin kaca lori. Salah seorang yang terlibat seterusnya menggunakan satu lagi cangkuk untuk memecah masuk ruang pemandu, memengsankan pemadu lori, dan seterusnya membawa lari lori tersebut berserta kandungannya. Asalnya para pemandu lori baru sahaja bercadang untuk membawa senjata untuk melindungi diri masing-masing, tetapi menangguhkannya dan membiarkan pihak polis mengendalikannya. Brian (Paul Walker) adalah seorang pegawai polis menyamar yang ditugaskan untuk menyiasat dalang di sebalik kejadian rampasan lori tersebut.

Dia cuba bercampur gaul dengan sekumpulan orang pimpinan Dominic Toretto (Vin Diesel). Toretto membuka sebuah kedai runcit serta menala kereta. Vince (Matt Schulze) bergaduh dengan Brian tetapi kemudian dileraikan oleh Dominic dan seterusnya memberitahunya supaya tidak datang lagi. Brian muncul lagi dalam satu perlumbaan haram dan bertaruh keretanya akan menang. Dominic mengalahkannya dengan mudah dalam perlumbaan tersebut. Tidak lama kemudian, sekumpulan anggota polis datang untuk memberkas para pelumba haram. Mereka melarikan diri, tetapi Brian pula menunggu dan mengambil Dominic. Seterusnya, mereka diancam orang bawahan kepada kedai kereta pesaing warga Vietnam yang seterusnya meletupkan kereta Brian. Seterusnya, Toretto mengatakan bahawa Brian berhutang dengannya "kereta sepuluh saat", iaitu kereta yang boleh menamatkan perlumbaan drag 400 m dalam masa kurang sepuluh saat.

Tidak lama kemudian, Brian bergaul dengan kumpulan Toretto. Dia turut berpasangan dengan adik perempuan Dominic, Mia, dan mula menala kereta untuk mengumpul lebih maklumat. Tanda gelincir pada kereta-kereta Honda Civic tersebut menunjukkan satu jenama tayar tertentu. Semasa Brian pergi ke kedai pada larut malam untuk memeriksa kereta tersebut, tayar tersebut tidak sama dengan tayar yang dipasang pada kereta Honda Civic tersebut. Vince, salah seorang rakan Dominic, ternampak Brian dan menuduhnya sebagai seorang anggota polis. Brian menafikannya dan mengatakan dia tidak mahu kalah lagi, maka dia memeriksa kereta semua orang. Dominic, Vince, dan Brian kemudian memecah masuk kedai kereta warga Vietnam tersebut, di mana mereka menjumpai longgokan pemain DVD serta kereta tanpa enjin di dalamnya.

Brian melaporkan penemuannya kepada orang atasannya. Selepas satu lagi rampasan lori, pihak polis mula bergerak dan terus menangkap kesemua pekerja kedai kereta warga Vietnam tersebut, tetapi kemudian mendapati kesemua pemain DVD itu dibeli secara sah dan bukan daripada hasil rampasan lori. Orang atasan Brian membuat kesimpulan bahawa rampasan tersebut adalah hasil kerja Toretto. Brian cuba bertanya Toretto di mana dia mendapatkan wang untuk membeli kesemua peralatan serta mahu menyertai setiap aktiviti yang disertai Toretto. Toretto bersetuju dengan syarat Brian memenangi Perang Perlumbaan akan datang di sebuah gurun.

Dalam satu perlumbaan, ahli kumpulan Toretto, Jesse, berlumba dengan Johnny Tran dan kalah. Dia kemudian melarikan diri dengan pantas. Di sebelah malamnya, Toretto dan ahli kumpulannya yang lain mula bergerak. Brian memberitahu Mia bahawa dia seorang anggota polis menyamar dan memberitahunya bahawa kali ini semua pemandu lori kini bersenjata. Dia memujuk Mia untuk mengikutinya untuk menyelamatkan Toretto.

Mereka mengesan isyarat telefon bimbitnya ke Laluan Negeri California 86. Toretto menggerakkan kumpulan Civicnya untuk melakukan rampasan lori terakhir. Sebaik sahaja subuh, mereka menjumpai sebuah lori dan cuba merampasnya. Namun demikian, pemandu lori tersebut bersenjatakan shotgun. Lengan Vince tersangkut pada cangkuk semasa Letty dan Toretto mengayunkannya dengan kuat untuk menyelamatkannya. Kereta Letty kemudian terbalik manakala Dominic tidak lama kemudian tergelincir ke tepi jalan. Brian mengejar lori tersebut dan melepaskan Vince semasa pemandu lori berkenaan sedang mengisi peluru pistolnya. Dia memanggil sebuah helikopter, mendedahkan kepada Toretto bahawa dia sememangnya pegawai polis. Toretto memandu pergi dengan rasa marah.

Brian berdepan dengan Toretto di rumahnya. Pada masa tersebut, Jesse pulang. Sepasang orang bawahan kedai warga Vietnam yang menaiki motosikal melepaskan tembakan dan mencederakan Jesse. Brian dan Dominic memandu kereta masing-masih untuk mengejar mereka. Dominic berjaya menterbalikkan salah satu motosikal tersebut. Brian pula berjaya menembah jatuh satu lagi motosikal yang lain. Mereka bertemu di satu simpang dan mula berlumba haram. Kedua-dua kereta sempat memecut melepasi lintasan kereta api sebelum sebuah kereta api melaluinya. Semasa mereka saling memandang antara satu sama lain pula, kereta Dominic terbalik. Dalam babak terakhir Brian memberi kunci keretanya kepada Dominic, sambil berkata, "Aku masih berhutang kepada kau kereta sepuluh saat."